Seorang lelaki warga Malaysia berusia 67 tahun sanggup berkorban dengan mengulang alik dari Johor ke Singapura dua kali sebulan sejak 10 tahun lalu untuk melawat anaknya di penjara yang kini berada di Penjara.

Menurut perkongsian Cheong Kah Pin dengan 8World News, beliau akan memulakan perjalanannya pada pukul 2 pagi dan menunggu di hadapan penjara selama beberapa jam sebelum dibenarkan masuk untuk bertemu anaknya.

Baca Juga:

Cheong berkongsi bahawa dia memilih untuk menaiki motor seorang diri pada pukul 2 pagi kerana cara itu lebih selamat memandang umurnya yang semakin tua.

“Saya merindui dia (anak lelakinya) dan melihatnys secara dekat adalah satu-satunya yang saya mahukan. Saya akan tunggu tidak kira berapa lama. Saya gembira selagi dapat berjumpa…”

Anak sulungnya, Cheong Chun Yin kini menjalani hukuman penjara seumur hidup di Singapura sejak 2008 kerana mengedar heroin, walaupun beliau menafikan tuduhan tersebut.

Cheong berkongsi bahawa dia telah menjual tiga buah rumahnya untuk membayar yuran guaman bagi menyelamatkan anaknya.

“Apa sahaja yang dia buat, berniaga atau perkara lain, dia mudah percaya orang lain tanpa keraguan… Dia percaya pihak lain dan tidak buat usul periksa… Sekarang dia perlu membayar harganya”

Harapan untuk mereka bersama semula kini cerah kerana pada 2024, hukuman anaknya bakal disemak semula oleh badan pengampunan Kementerian Dalam Negeri Singapura.