Bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat yang juga merupakan ibu kepada George W. Bush, Barbara Bush menghembuskan nafas terakhirnya semalam setelah membuat keputusan untuk tidak menerima rawatan di hospital dan memilih untuk menjalani rawatan di rumah.

Berita pemergian beliau itu disampaikan sendiri oleh jurucakap bagi keluarga Bush. Beliau yang didapati menghidap masalah bekaitan pernafasan dan masalah kesihatan jantung dilaporkan memerlukan pemerhatian dan pengawasan doktor dengan lebih kerap akhir-akhir ini.

Tambah jurucakapnya lagi kesihatan yang semakin merosot hari demi hari membuatkan mendiang mengambil keputusan untuk menjalani rawatan di rumah.

Semalam anak beliau yang juga merupakan bekas presiden Amerika Syarikat yang ke-43, George W. Bush telah mengeluarkan kenyataan mengenai kematian ibunya di laman sosialnya termasuk di Twitter.

Status yang dimuat naik tersebut menerima ribuan ucapan takziah daripada rakyat Amerika Syarikat dan turut berkongsi rasa kesedihan atas kehilangan bekas wanita pertama negara tersebut.

Sumber