Kelab La Liga, Barcelona dilaporkan mahu mencari penaja jersi baharu sekaligus bakal menamatkan kerjasama bersama Nike yang sudah dijalin selama 25 tahun.

Menurut laporan, kontrak antara kedua pihak akan tamat pada 2028 dimana kontrak yang ditandatangani pada 2016 itu menyaksikan Barcelona mendapat bayaran sebanyak 155 Juta Euros semusim.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Akan tetapi, Barca telah berbincang dengan jenama lain dan mereka diberitahu nilai yang diberikan oleh Nike terlalu rendah dan kelab itu sedia untuk memperbaharui kontrak sedia ada atau mencari penaja jersi baharu.

Antara jenama yang sedia untuk menjadi penaja baharu Barcelona ialah New Balance dan Puma dimana mereka sedia untuk memberikan tawaran yang lebih tinggi.

Akan tetapi, Barcelona masih mahu mengadakan perbincangan dengan Nike bagi melihat sama ada kontrak sedia ada boleh diperbaharui sekaligus mendapat lebih banyak wang untuk kelab.

Meskipun sudah menjaling kerjasama selama 25 tahun, kedua-dua pihak pernah terlibat dengan konflik dimana Barcelona tidak berpuas hati dengan kualiti jersi yang dihasilkan oleh janama dari Amerika Syarikat itu.

Nike juga beberapa kali tidak berpuas hati dengan kelab tersebut kerana sentiasa lambat dalam membuat keputusan dan sukar untuk bekerjasama dalam beberapa perkara.

Sekiranya kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dan kontrak tersebut tamat pada 2028, maka Nike bakal menjadi pengeluar jersi bagi kelab Catalan itu selama 30 tahun.