Baru sahaja berada di penghujung bulan kedua tahun 2023, tetapi kehangatan peranti iPhone 15 kian terasa dengan timbulnya pelbagai khabar angin menarik menerusinya.

Menerusi laporan terkini, apple dijangka akan menawarkan sokongan USB-C dan juga Dynamic Island pada semua model iPhone 15 yang bakal diperkenalkan nanti. Dengan ini, USB-C akan menggantikan Lightning bagi tujuan pemindahan data dan juga pengecasan.

Baca Juga:

Sumber Gambar: 9to5mac

Selain itu, Apple juga masih mahu meneruskan penawaran model Plus pada kali ini meskipun permintaannya sangat rendah pada siri sebelumnya. Rekaan bezel model Plus juga akan yang lebih nipis.

Walaupun ini hanyalah khabar angin, para peminat pasti tertarik dengan penawaran ciri serba menarik ini pada barisan siri iPhone baharu ini. Sama-sama kita nantikan pelancaran iPhone 15 ini yang dijangka berlaku pada bulan September.

Sumber