Sebelum ini, kami pernah melaporkan warga Malaysia yang membuka perniagaan food truck menjual sate di Itali sejak tahun 2017.
Terbaharu, seorang influencer dikenali sebagai The Papa Nash telah berkongsi sebuah video di TikTok miliknya yang memaparkan pasangan suami isteri berasal dari Sabah membuka perniagaan di Perth, Australia dengan menjual sate.
Baca Juga:
- ‘Food Truck’ Sate & Sake Milik Warga Malaysia Ini Tempa Nama Di Itali
- Bagaimana Sate Haji Samuri Bantu Dalam Menaikkan Nama Bandar Kajang
- Hilang Kerja Sebagai Pramugari, Wanita Ini Jual Sate Demi Untuk Teruskan Hidup
@thepapanash Malaysian Satay stall in Perth, Australia! These couple are from Malaysia and setup a business by the roadside in Souther River, Western Australia, selling Satay – known as Satay Bro (Part 2 👉🏻 @Papa Nash ) #thepapanash #papanash #satay #satayayam #sataydaging #australia #halalaustralia #halalaustralianmeat #sataybro #perth #perthfood #halalfoodperth #malaysia #MalaysianFood #malaysianfoodie #sabah #sataychicken #satayaustralia #malaysianfoodinaustralia #australianfood #ayamberempah #halalfoodaustralia #southernriver #westernaustralia
Dikenali sebagai Satay Bro, perniagaan yang diusahakan oleh Zul bersama isterinya turut menjual beberapa menu popular Malaysia yang lain.
Difahamkan, satu set sate dijual dengan harga 12 AUD (RM36), jika mahu beli ala carte, harga secucuk sate dijual pada harga 2 AUD (RM6).
Menurut Papa Nash, sate yang dijual oleh mereka sangat lazat sehingga menarik ramai pelanggan dan boleh dikatakan ramai orang beratur setiap hari untuk membeli sate tersebut.
Dipercayai, mereka akan berjaya menjual kira-kira 400 batang sate setiap hari dan pastinya ia satu pencapaian yang baik terutama sekali untuk perniagaan yang baru beroperasi dalam masa beberapa bulan sahaja.