Sharisa Haris, seorang pelakon kini mendedahkan dirinya terpaksa berniaga sate demi mencari sesuap nasi. Untuk pengetahuan anda, Sharisa pernah tercalon ‘Top 5’ di Anugerah Skrin 2014.

Menurutnya, dia telah melakukan pelbagai pekerjaan seperti menjadi tukang cuci, pelayan dan kini peniaga sate hanya untuk menampung kehidupan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@sharisaharis

JANGAN CURIGA DENGAN REZEKI!!! @MAMA NOR TAMPIN 🔥🔥🔥🔥🔥 #capcut #akaksado #mamanor#CapCut

♬ Masa Laluku – Kangen Band

Tambahnya, kehidupannya kini tidak seperti dahulu yang mungkin dikenali menerusi lakonan dalam drama dan filem tetapi sekarang mesti orang sudah tidak mengenalinya.

“Dulu aku seorang pelakon drama dan filem dalam industri Malaysia. Pernah juga menulis beberapa naskhah skrip drama dan travelogue.

“2019 adalah drama terakhir aku shoot (Adelle Sofea) arahan director yang sangat aku hormati dan kagumi iaitu abang Ejat atau Shahrulezad Mohameddin.

“Perjalanan aku di dunia f&b (food and beverages) semakin serius pada tahun 2017. Bermula sebagai seorang cleaner, kemudian diberi peluang sebagai waiter dan kini diberi kepercayaan sebagai tukang bakar sate.” tulisnya.

Sekadar makluman, antara drama lakonan Sharisa adalah Monalisa, Aurora Aisyah, Adellea Sofea dan banyak lagi. Pesannya, jangan curiga dengan rezeki setelah berpenat lelah berusaha.

Pendedahan tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kejayaan Sharisa. Malah, ada juga yang mengingati lakonannya sebelum ini.