Seorang wanita Orang Asli dari Suku Jahut mencuri tumpuan ramai apabila bakal miliki rumah impian sendiri dengan hasil perniagaan melalui TikTok.

Menurut Nur Rafidah Man, 26, dari Kampung Penderas, Kuala Krau, beliau berasa cukup puas dengan rumah yang bakal dimiliki nanti. Walaupun kecil, namun selesa untuk berteduh seisi keluarga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik Berita Harian, beliau yang mula berniaga sejak November lalu dengan menghasilkan produk sendiri berasaskan sumber hutan seperti kacip fatimah, tongkat ali dan madu, tidak menyangka perkongsian rutin harian, adat resam Orang Asli serta pemandangan suasana di kampungnya di aplikasi itu telah membuka pintu rezeki.

@junglegirl_2acc

syukur in proses dah. #junglegirl #nurrafidah

♬ bunyi asal – junglegirl ACC=3 – junglegirl ACC=3

Menurut wanita itu, beliau berkeyakinan untuk berniaga melalui TikTok timbul selepas menjalani bengkel multimedia dan perniagaan digital anjuran guru pendidikan khas integrasi Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Kuala Krau, sekitar Jun dan Ogos tahun lalu.

“Pada awalnya saya ragu-ragu boleh ke nak buat tapi selepas pertama kali buat dan melihat hasil komisen yang dapat, rasa semangat itu datang dan tanpa berfikir panjang saya buat secara konsisten.

“Selepas itu, saya mula berani pula berniaga secara ‘affiliate’ (menjadi ejen) dengan melibatkan aktiviti promosi dan jualan secara langsung produk lain seperti makanan dan penjagaan kulit untuk mendapatkan komisen sampingan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Nur Rafidah berkata beliau mempelajari kaedah merakam video dan penyuntingan, pemilihan tajuk kandungan video yang menarik daripada bengkel tersebut.

Pada masa sama beliau turut disediakan peralatan seperti mikrofon wireless, lampu dan tripod.

“Saya tidak menjangkakan percubaan saya itu berhasil dan tidak pernah terfikir mampu menjana pendapatan lebih banyak berbanding pekerjaan dahulu,” katanya yang telah menjual 9,000 unit produknya seperti minyak herba, jamu dan madu.

Sementara itu, guru multimedia pendidikan khas integrasi SMK Kuala Krau Mohammad Hazeem Azemi berkata Rafidah adalah antara 43 orang daripada kumpulan pertama Orang Asli yang mendapat manfaat daripada kemudahan studio multimedia di sekolah berkenaan.

Beliau berkata walaupun studio tersebut khusus untuk pelajar pendidikan khas, namun kedudukan SMK Kuala Krau yang terletak di luar bandar iaitu kira-kira 35 kilometer dari bandar Temerloh, mendorong pihak sekolah membuka kemudahan itu kepada penduduk setempat termasuk Orang Asli.

“Saya percaya guru bukan sahaja mampu mengubah pemikiran murid tetapi juga mampu membantu meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat,” katanya.

Sumber