Mungkin ramai yang tidak mengenali Masya Masyitah, tetapi namanya menjadi perbualan ramai. Menerusi perkongsian Masya di YouTube, beliau yang baru sahaja berusia 20 tahun dan merupakan seorang penyanyi telah memiliki sebuah kediaman miliknya sendiri.
Tambahnya lagi, beliau membeli kondominium yang lengkap dengan peralatan dan kemudahan secara tunai tanpa menggunakan perkhidmatan pinjaman bank. Difahamkan, rumah yang dibelinya bernilai RM300,000.
Menurut Masya, kediaman tersebut dibelinya pada tahun lepas dengan menggunakan wang simpanannya sendiri dan hasil kemenangan menyertai pertandingan nyanyian. Beliau bersyukur kerana impiannya untuk memiliki sebuah rumah sudah tercapai dalam usia muda.
Tahniah diucapkan kepada Masya kerana berjaya memiliki rumah pertama ketika usia muda. Selamat maju jaya!
Sebelum anda membeli rumah, ini 3 hartanah di Malaysia yang anda perlu tahu. Klik sahaja pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.
3 Jenis Hartanah Di Malaysia Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli Rumah
11 Perkara Perlu Dipertimbang Sebelum Anak Muda Beli Rumah Pertama