Sejak Rabu yang lalu, kita sudah menyambut sambutan Aidilfitri dan pasti anda sudah ziarahi saudara-mara anda. Terbaharu, pelakon Zahirah MacWilson telah berkongsi suasana sambutan Aidilfitri di rumahnya.

Untuk pengetahuan anda, rumah tersebut baru sahaja siap diubahsuai oleh suaminya yang juga merupakan pelakon, Aiman Hakim Redza serta idea rekaan dalaman diberikan oleh Zahirah.

Baca Juga:

Menerusi video itu, dapat dilihat rumah mereka cukup luas dan rekaannya ada berunsurkan nature kerana mempunyai kebun bunga sendiri.

Malah, rekaannya juga simple dan terlihat modern serta memiliki banyak ruang luas untuk bersosial. Video terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen teruja mahu lihat keseluruhan rumah mereka.

Bukan itu sahaja, para netizen turut memuji bakat Aiman yang meneraju proses pengubahsuaian kediaman mereka itu. Adakah anda mahu melihat ‘house tour’?