Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan baharu menerima kebenaran daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk merobohkan Stadium Shah Alam sedia ada bagi memberi laluan kepada pembinaan semula.

Perkara ini dikongsikan oleh beliau menerusi laman media sosial X miliknya selepas menjawap pertanyaan dari salah seorang pengikut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebelum ini, peminat Selangor mempersoalkan status semasa pembinaan kompleks sukan serta stadium baharu itu selepas tertangguh beberapa kali pada tahun ini.

Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan kos sebanyak RM787 juta juga termasuk kos meninggikan platform stadium sebanyak 1.5 meter bagi mengelak kejadian banjir berulang dan menukar sistem pendawaian elektrik.

Secara asasnya Stadium Shah Alam yang baharu itu berkapasiti sekitar 35,000 – 40,000. Turut menyediakan curva khas buat kumpulan penyokong setia Selangor, UltraSel. Ia juga memberi kemudahan kepada aktiviti sukan dan rekreasi berasaskan komuniti, kelestarian dan keusahawanan.

Stadium tersebut juga turut mempunyai ciri ciri canggih seperti ‘retractable pitch’ ataupun padang mudah alih dan juga mampu mengendalikan pelbagai acara sukan ‘indoor’ seperti badminton, sepak takraw, bola tampar serta acara hiburan.

Bumbung gelanggang itu juga akan ditutupi dengan bumbung ‘transparent ETFE’ bagi mengelak daripada terkena hujan bagi membolehkan perlawanan diteruskan selain acara dalaman dapat dijalankan tanpa sebarang gangguan cuaca.

Rumput yang bakal digunakan juga menepati standard Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) apabila dua jenis rumput iaitu Paspalum dan Zeon Zoysia bakal digunakan di venue itu.