Walaupun sebahagian masyarakat sudah mula celik dengan ilmu kewangan, masih ada juga segelintir individu terutamanya dari golongan muda yang tetap mahu membeli barang kemahuan tanpa memikirkan akibat di kemudian.

Baru-baru ini, seorang individu yang dipercayai baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan berkongsi yang dirinya sedia pertimbangkan untuk membeli kereta tempatan di dalam kategori premium.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Dia pada mulanya mahu mendapatkan pendapat orang ramai kereta apa yang paling sesuai dengan gaji RM2,500 di samping mempunyai beberapa komitmen lain.

“Saya nak tanya… kereta apa yang paling sesuai untuk gaji RM2,500 dengan pinjaman pendidikan serta mempunyai komitmen beri duit kepada keluarga,” soalnya.

Difahamkan dia mahu mendapatkan seberapa banyak input dari orang ramai berkaitan komitmen bulanan dan berapa banyak deposit yang dibayar sewaktu memiliki sesebuah kereta.

Dia mendakwa ramai (cerita dari sisinya) yang berpendapat kereta S70 sudah cukup sesuai dengan gaji RM2,500 dan ada juga yang meminta dia hanya pertimbangkan pembelian itu jika gaji mencecah RM4,000 untuk berada dalam tingkat yang selesa.

Malah, dia mendedahkan keinginan yang membuak-buak ini disebabkan oleh nasihat penjual kereta yang mendakwa dirinya layak memiliki kereta S70 walaupun hanya bergaji RM2,500.

s70
Sumber Gambar: Threads

Pertanyaan individu itu langsung menjadi perbincang hangat di kalangan netizen yang mana majoritinya meminta dia membatalkan niat pembelian itu dan berpijak di bumi yang nyata memandangkan tingkat gajinya yang masih rendah untuk memiliki kereta yang mencecah harganya lebih RM70,000.

Ramai mendakwa ini adalah jerat hutang yang boleh memusnahkan kehidupan individu terbabit jika masih berdegil mahu mendengar nasihat individu ata ejen penjual kereta yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, sebahagian netizen berkongsi kiraan secara kasar kos yang perlu ditanggung termasuklah komitmen bulanan kereta ini yang sudah pasti mahal dan ini tidak termasuk lagi spare part, insurans dan cukai jalannya di kemudian hari.

Kalau mengikut nasihat pakar pun, harga ke kereta yang mahu dibeli mestilah tidak melebihi gaji setahun agar boleh membiayai komitmen bulanan dan kos lain dengan selesa.