Pada 29 November yang lalu, pusat beli-belah baharu, The Exchange TRX Mall telah dibuka kepada umum secara rasmi. Banyak kelebihan The Exchange TRX Mall ini dan yang menjadi perhatian adalah taman di rooftop.

Susulan pembukaan pusat beli-belah ini, orang ramai mula berpusu-pusu untuk menjadi yang terawal menerokai pusat beli-belah mewah terbabit.

Baca Juga:

Menjengah ke media sosial, dapat dilihat ibu bapa yang membawa anak mereka ke The Exchange TRX Mall ini telah membiarkan anak-anak mereka menikmati kemudahan taman di rooftop.

@wrtrader_oe

The Exchange TRX next level punya shopping mall !! Sekali parent pun mandi😂😂 #pov #kualalumpur #trx #theexchangetrx #taman #air #budak #city #jalanjalan #vlogs #shopping #mall #foryou #foryoupage #fypシ゚viral

♬ original sound – WR Academy – WR Academy

@irsyadsyafiq88

Pada parents yg bawak anak2 pergi ke playground TRX Mall siap2 la bwk baju spare ya 😂 #fyp #foryoupage

♬ Nikmat Bersahabat – .

@nsyira.e

its new and free. best. lepas tu lapar masuk mall makan and sambung balik naik atas layan kids main-main sampai dorang letih. bawa extra baju if ada anak yg jenis pantang nampak air. anak sis dah besar so tak heran sangat hehe kids happy mummy and daddy pon happy #newplayground #trx #ruangceria #kualalumpur

♬ Cute – Aurel Surya Lie

Dalam pada kanak-kanak bersuka ria menikmati kemudahan yang ada, seorang pengguna laman X yang prihatin telah bertanya kepada pihak pengurusan sama ada dibenarkan untuk membiarkan anak-anak bermain di air pancut, di kawasan gua, air terjun dan juga di tempat berbentuk ‘spiral’.

Menurut pihak pengurusan, tiada masalah untuk bermain di air pancut dan untuk di kawasan gua serta air terjun, para ibu bapa haruslah memberikan perhatian penuh terhadap anak-anak mereka.

Manakala untuk tempat yang berbentuk ‘spiral’, tidak digalakkan untuk duduk secara langsung. Difahamkan, pihak pengurusan masih dalam proses untuk meletakkan ‘rules’ apa yang boleh dilakukan dan sebaliknya.

Jika anda membawa anak-anak anda untuk bermain di taman rooftop ini, pastikan anda tidak melakukan sebarang kerosakan dan perhatikan anak-anak anda agar tidak berlaku sebarang perkara tidak diingini.