Menjadi satu perkara biasa untuk kita merasa bangga apabila individu negara luar boleh mahir dan fasih berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia.

Terbaharu, tular satu video yang memaparkan dua orang Jepun yang melakukan satu temu ramah secara santai berkenaan negara Malaysia.

Video yang dimuat naik oleh influencer Jepun yang rajin membuat content Bahasa Melayu di TikTok miliknya @dari_malaysia_, memaparkan dia bertemu dengan seorang lagi orang Jepun yang pernah tinggal selama 7 bulan di Malaysia.

Apa yang menarik perhatian, gadis yang ditemu ramah itu sangat fasih berbahasa Melayu meskipun tinggal di sini dalam jangka masa yang tidak begitu lama.

Gadis yang pernah bermaustatin di Dungun, Terengganu itu berkongsi pengalamannya yang bekerja sebagai pembantu guru bahasa Jepun dan menceritakan apa yang disukai mengenai Malaysia.

Dia juga berkongsi dia sangat sayang dengan pelajar-pelajarnya di negeri Pantai Timur itu namun tidak dapat menolak dia mempunyai masalah dalam memahami loghat di situ.

Lebih menarik , gadis tersebut juga berkongsi berkenaan satu perkara yang tidak asing buat kita iaitu ‘janji melayu’, menurutnya ianya adalah satu bentuk perjanjian yang tidak ditepati dan merasakan itu adalah antara culture shock atau kejutan budaya yang dihadapinya ketika berada di Malaysia.

@dari_malaysia_

Saya dapat interview wanita Jepun yang fasih berbahasa melayu!! #malaysiatiktok #fyp #koujijepun

♬ original sound – 【Dari Japan】 – 【Dari Japan】

Dalam pada itu, majoriti netizen Malaysia yang meninggalkan komentar turut teruja melihat bagaimana bahasa Malaysia telah “mendunia” di negara matahari terbit itu.

Sumber Gambar: TikTok @_dari_Malaysia_
Sumber Gambar: TikTok @_dari_Malaysia_

Ada netizen yang berseloroh mengatakan seronok mendengar celoteh wanita itu yang mana mempunyai loghat Terengganu. Hal ini sekaligus memperlihatkan keunikan loghat bahasa yang terdapat di Malaysia.