Dalam diam Malaysia kini menjadi tempat pemulihan ahklak pula apabila seorang pelajar dari Jepun mendedahkan yang dirinya yang dahulu terumbang-ambing dan liar kini berubah ke arah positif selepas menetap di Malaysia.
Perkara ini didedahkan sendiri oleh pelajar terbabit menerusi akaun TikTok @atoooooooooooy yang mana memperlihatkan bagaimana dirinya dulu sewaktu di negara asal iaitu Jepun jauh berbeza dari sekarang baru menetap sebulan di Malaysia.
Dengan kapsyen berbunyi sebelum hidup di Malaysia sambil memperlihatkan momen hidupnya di Jepun yang cukup adventure tetapi bukan dalam persekitaran yang positif.
Dia kelihatan berhibur seperti tiada hari esok dengan pergaulan bebas tanpa memikirkan masa depan pada ketika itu. Namun, sebaik dia menyambung belajar di Malaysia, keseluruhan hidupnya tampil berubah 360 darjah yang mana menuju ke arah kebaikan.
Dari bangun pagi, kemudian bersenam setiap hari serta bekerja secara fleksibel dan paling penting menjaga pemakanan yang sihat sepanjang berada di sini.
Sebagai kesimpulan, dia sangat seronok dan menyukai negara Malaysia setakat ini.
@aottttttttyy.malaysia 3weeks have passed since I came to Malaysia😊 #fyp #04 #malaysia
Menjengah ke ruangan komentar, netizen gembira melihat pelajar terbabit yang berjaya mengubah gaya hidup yang lebih positif dan bagus dengan hanya berada di dalam persekitaran di Malaysia.