Perkhidmatan bas GOKL merupakan kemudahan pengangkutan awam percuma yang disediakan untuk memudahkan pergerakan warga kota dan pelancong di sekitar Kuala Lumpur, terutamanya di kawasan tumpuan utama, pusat perniagaan, dan laluan ketersambungan.

Baru-baru tular di kalangan warganet gambar bas GOKL berwarna merah menggunakan ‘bas berkembar’.

Menerusi gambar yang dikongsikan Threads @alifftheastroboy  didapati bas tersebut mempunyai sambungan yang mencantumkan dua bas, yang seakan-akan gerabak tren.

 

View on Threads

 

Sementara itu seorang lagi pengguna Threads @iammhanif kongsikan satu rakaman video di mana beliau menemui bas berkembar GOKL itu di kawasan Plaza Sentral, KL Sentral.

Ada netizen lain menyatakan pernah melihat bas tersebut dalam warna hijau sebelum ini.

 

View on Threads

 

Netizen turut merasakan pemandangan seperti itu seolah-olah sedang berada di luar negara.