Tindakan individu yang mementingkan diri sendiri, meletakkan kenderaannya di tepi selekoh jalan raya telah menyebabkan kesesakan trafik yang teruk di sekitar KLCC.
Gara gara kereta jeis MPV tersebut, bas Rapid KL gagal untuk melepasi selekoh tersebut. Dan pemandu kereta tersebut tidak berada berdekatan dengan kereta itu.
Video menunjukkan kejadian tersebut tular di media sosial. Dengan perakam kejadian simpati dengan nasib pemandu bas yang terperangkap di selekoh tersebut.
Tindakan tersebut benar benar menyusahkan orang lain. Si perakam berkata: “Parking tu, janganglah buat benda bodoh seperti ini yang menyusahkan orang ramai.”
Ni memang jenis menyusahkan orang. Patut orang yang suka park tepi tepi jalan ni sitar je kereta dorang 😅 pic.twitter.com/dC4eUW03BH
— kamaghul deghaman (@kamaghul) July 23, 2026
Netizen berharap tindakan tegas dikenakan ke atas pemilik kenderaan. Dengan bukti rakaman video yang tular sudah cukup untuk dijadikan bahan bukti.
Ramai yang bengang melihat kelakuan mementingkan diri sendiri, meletakkan kenderaan di tepi jalan dan di garisan kuning. Ditambah pula kawasan tersebut berdekatan KLCC yang merupakan kawasan yang sangat sibuk dan sesak.
Yang lain menyatakan bahawa, di kawasan tersebut memang ramai manusia yang mementingkan diri sendiri dan parkir seperti itu, yang menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Mereka berharap pihak berkuasa lebih tegas bertindak ke atas mereka yang bersikap mementingkan diri sendiri ini.