Jangan pandang Bata sebelah mata. Bata sebenarnya adalah jenama antarabangsa yang diasaskan pada tahun 1894 di Czech Republic oleh Tomas Bata. Ramai sebenarnya yang beranggapan jenama ini adalah jenama tempatan tetapi tidak.
Untuk keluaran musim terbaru mereka, Bata mengeluarkan kembali model ‘Hotshot’ yang pernah popular satu ketika dahulu menerusi edisi Bata Heritage. Menarik tentang kasut Hotshot ini adalah ianya adalah salah satu model kasut favourite legenda grunge, Kurt Cobain.
Model ini mungkin jarang nampak di kaki Kurt kerana beliau lebih gemar memakai kasut Converse model One Star, Chuck Taylor dan Jack Purcell. Tetapi jika anda peminat tegar Kurt Cobain kasut ini kena ada dalam simpanan anda.
Kurt Cobain wore Bata shoes. Relaunch 2017. #nirvana #kurtcobain #bataheritage #smellsliketeenspirit pic.twitter.com/9UAkK44xeV
— Bata Heritage (@bataheritage) July 1, 2016
Model Hotshot ini adalah kolaborasi Bata dengan sebuah lagi jenama yang popular di tahun 70an, Wilson. Model Hotshot ini akan hadir dengan pilihan 3 warna; hijau, navy blue dan warna ikonik hitam kuning yang dipakai Kurt Cobain.
Kasut ini sudah mula dijual di butik Bata terpilih seluruh dunia. Model ini akan masuk ke pasaran Singapura bulan ini tetapi sangat tipis untuk masuk ke Malaysia. Kalau ada rakan di Singapura, boleh roger untuk tolongkan beli kasut rare ini.