Bagi rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara, kerinduan terhadap makanan tempatan sememangnya sukar dibendung.

Baru-baru ini, sepasang pelancong berkongsi pengalaman menarik mereka ketika berada di Discovery Mall yang terletak di Kuta, Bali. Di sana, mereka terjumpa sebuah kedai roti yang menjual hidangan seakan-akan jenama ikonik Malaysia, Roti Boy.

Sebaik sahaja terhidu aroma kopi yang kuat dan memikat, memori mereka terus melayang ke tanah air.

Walaupun sedar ia bukan jenama asal yang biasa mereka makan, bau yang luar biasa itu benar-benar membangkitkan selera.

Apatah lagi mereka belum sempat bersarapan pada pagi itu, membuatkan keterujaan mereka berganda untuk mencubanya.

Namun, sebaik sahaja roti bertukar tangan, ada sedikit kekecewaan awal kerana roti tersebut tidak sepenuhnya panas. Walau bagaimanapun, demi mengubati rindu, mereka tetap meneruskan sesi ujian rasa dengan harapan ia mampu menandingi kehebatan rasa roti di Malaysia.

“Mari kita cuba untuk lihat jika ia berbanding dengan Roti Boy. Ayuh Emily, ambilnya,” kata pelancong tersebut memberikan galakan kepada pasangannya.

Selepas Emily mengambil gigitan pertama, dia pada mulanya menyangka rasanya sama. Namun, jangkaan itu meleset sama sekali selepas dikunyah dengan lebih lama. Wajah teruja tadi bertukar menjadi hambar.

“Apa pendapat awak?” tanya pasangannya semula untuk mendapatkan kepastian. Emily dengan jujur menggelengkan kepala dan berkata, Ia tidak sedap. Ia tidak menyentuh.

Bagi mereka, tekstur dan rasa roti kopi versi tersebut agak mendukacitakan serta tidak berjaya menambat selera mereka yang merindui rasa asli.

Apabila ditanya tentang markah keseluruhan, Emily tanpa ragu memberikan penilaian yang sangat rendah berbanding jenama kegemaran mereka.

“Seperti 2. Berbanding dengan Roti Boy, itu 10, 15 daripada 10. Ini, apa ini? Tidak banyak rasa, bukan? Ia agak sedikit jatuh. Ia tidak sama,” luah mereka lagi dengan nada kecewa.

Pengalaman santai namun jujur daripada pasangan pelancong ini membuktikan bahawa walaupun rupa dan aroma sesuatu makanan boleh ditiru di negara luar, rasa asli yang sudah sebati dengan lidah rakyat Malaysia tetap sukar ditandingi.

@valandems1

Was disappointing #fyp #bali #foodtok #uktiktok #malaysia

♬ original sound – Val&Ems_ Travels

Bagi mereka, pencarian rasa Roti Boy di Bali berakhir dengan kesimpulan bahawa versi di tanah air tetap tiada tandingannya.

'Bau Sama Tapi...'- Mat Saleh Kecewa Selepas Rasa Roti Kopi Pesaing Rotiboy Di Bali
Sumber Gambar: TikTok

Sebagai makluman, Rotiboy sebenarnya berasal dari Malaysia, mula ditubuhkan pada tahun 1998 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang oleh Hiro Tan sebelum melebarkan sayapnya ke pasaran antarabangsa termasuk Indonesia.

Manakala Roti O pula merupakan jenama asli Indonesia yang diasaskan pada tahun 2012 di bawah kendalian PT Sebastian Citra Indonesia.

Walaupun kedua-duanya sering dikelirukan oleh orang ramai disebabkan oleh konsep produk roti kopi yang hampir serupa, realitinya mereka adalah dua entiti perniagaan yang berbeza dan tidak mempunyai sebarang kaitan operasi antara satu sama lain.