Kalau kita singkap kembali kenangan kira-kira puluhan tahun yang lalu, bau minyak angin akan mengembalikan memori kita terutamanya sewaktu kecil.

Bau yang apabila dihidu, otak kita terus mengimbau ke zaman sewaktu kecil. Nostalgia dimana bila mak kita sapukan atas perut sebab kita mengadu senak.

Baca Juga:

Atau ayah pula menggosok di tengkuk lepas balik kerja berat.

Afiat

Bau Yang Mengimbau Kenangan

Ia bukannya satu kebetulan tetapi kalau anda buka laci dapur rumah ibu bapa kita sekarang, besar kemungkinan anda akan jumpa juga sebotol minyak angin terselit bersama minyak cap kapak.

Dan selalunya jenama yang kekal dari dulu hingga sekarang ialah Minyak Afiat.

Minyak Afiat
Kilang Minyak Afiat di Kuala Kangsar

Afiat Bukan Sekadar Botol

Afiat ini bukan jenama baru. Ia wujud sejak tahun 1924 dan lebih tepat lagi sudah 101 tahun.

Diasaskan Allahyarham Haji Panjang Kamaruddin di Tambun, Perak, perniagaan ini kemudiannya diteruskan oleh anak saudara beliau iaitu Tuan Haji Khalid Bin Uda Ismail.

Setelah Tuan Haji Khalid pula meninggal dunia, anak beliau Tuan Haji Ahmad Zakaria bin Haji Khalid pula mengambilalih perniagaan tersebut sambil dibantu oleh anak generasi keempat Afiat.

Daripada satu botol kecil yang dulunya hanya dibuat secara manual, kini Afiat ada pelbagai variasi bersertakan penyelidikan dan pembangunan hasil usahasama dengan universiti tempatan.

Minyak

Minyak

Daripada minyak angin biasa, minyak panas hinggalah ke balm telah diperkenalkan jenama tempatan ini hasil penyelidikan dan pembangunan yang konsisten.

Tetapi, satu perkara tak berubah iaitu baunya. Bau yang mengingatkan kita kembali ke ruang tamu rumah lama, tempat mak gosok belakang sambil menonton rancangan sitkom  ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’.

Tradisi Yang Masih Relevan

Dalam dunia yang penuh dengan produk viral dan jenama luar yang agresif, Afiat masih kekal dengan cara paling jujur. Jenama ini dia tak kejar hype.

Tak ada papan tanda besar, tak ada selebriti pegang botol sambil buat muka ‘lega’. Tapi Afiat masih kekal relevan. Sebab satu benda sahaja kerana ia benar-benar berkesan.

Minyak Afiat
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Raja Muda Musa II mengunjungi kilang Minyak Afiat

Lebih menarik, walaupun ada versi cetak rompak dan tiruan di pasaran, Afiat kekal bertahan.

Hari ini, mereka letak hologram FarmaTag™ dan logo gambus sebagai pengesahan asli  tetapi itu pun hanya sebagai perlindungan.

Tetapi kekuatan sebenar Afiat bukan pada pelekat keselamatan itu, ia sebenarnya datang dari kepercayaan sejak turun-temurun.

Penutup: Bukan Sekadar Minyak

Dalam dunia yang terlalu cepat berubah, ada benda-benda kecil yang masih kekal sebagai pemenang.

Dan mungkin, itu yang buatkan kita rasa tenang. Kita tak perlukan produk yang fancy sangat. Kadang-kadang, kita cuma perlukan benda yang selalu ada  seperti minyak angin Afiat.

Lebih daripada sekadar minyak dan ikhtiar awal, ia adalah lambang penjagaan, memori keluarga, dan satu contoh bagaimana legasi keluarga boleh bertahan merentas generasi.