Malaysia sememangnya dikenali sebagai syurga makanan kerana mempunyai pelbagai variasi makanan dan minuman yang ditawarkan hasil gabungan pelbagai budaya sekaligus memberikan pengalaman rasa yang tiada tolok bandingannya.
Sampaikan tahap pelancong yang datang ke Malaysia pasti akan jatuh cinta dengan hidangan tempatan dan mahu membawa pulang sebanyak yang boleh untuk bahan atau jajan ke negara asal mereka.
Baru-baru ini, seorang minah saleh telah berkongsi sebuah klip video berkisarkan barang yang diborong dari Malaysia untuk dibawa pulang ke negara asalnya.
Di dalam klip video itu, kelihatan dia sedang mengangkat sebuah beg duffle berwarna hitam yang besar dipercayai berupaya menampung berat 28kg menerusinya.
Rupanya isi kandungannya merangkumi pelbagai makanan dan jajan yang dibeli dari Malaysia untuk dibawa pulang ke London.
@lifeofleils Need to go back asap!! ππ«ΆπΌ #malaysia #travel #food #malaysiatiktok #malaysian #tomyum #kualalumpur #kualalumpurmalaysia #fyp #haul #food #foodhaul #asian #asianfoodlover
Berikut adalah senarai senarai makanan dan jajan yang dibeli di Malaysia:-
1. Keropok Mamee Monster
2. Mi Sedap Original & Jumbo
3. Biskut Lexus
4. Mentos
5. Pocky
6. Milo keropok
7. Kacang cap tangan
8. Kopiko
9. Crispy Seaweed
10. Gula-gula Fruit plus
11. Serbuk tom yam
12. Kissess
13. Roti beras
14. Sos kewpie
Selain itu, dia juga membeli belah beberapa cenderamata sebagai kenangan dari Malaysia seperti baju, getah rambut dan klip rambut, keychain, tote bag dan sebagainya.
@lifeofleils Replying to @Can i call you rose Wish I could have brought more ππ«ΆπΌ #malaysia #kualalumpur
Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen tempatan memberikan reaksi yang positif di samping memberikan saranan dengan beberapa makanan popular lain di Malaysia.
“Saya rasa anda terlupa Super Ring! Dan biskut Cap Pingpong hehe,” komen seorang netizen.
“wooww banyaknya snek & gula-gula.. awak betul-betul cuba sebanyak ini,” kata seorang netizen.
“Sebagai pelajar dari Malaysia menuntut di Manchester, apa yang awak borang sama dengan apa yang saya bawa balik. rindu rumah,” luah seorang netizen lain.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang merantau ke luar negara juga mengatakan mereka turut berbuat sedemikian kerana sangat merindui makanan atau buah tangan dari Malaysia.
Selain itu, ramai juga mengalu-alukan kedatangan wanita itu untuk datang ke Malaysia lagi kerana dia mendakwa rasa tidak cukup dengan barang yang diborong tersebut.