Sebelum ini tular video seorang wanita bukan warganegara tidak memakai pelitup muka di depan butik Dior, KLCC. Terima kecaman netizen, wanita tersebut juga telah dikenakan kompaun sebanyak RM3,000 kerana melanggar SOP ditetapkan kerajaan.
Terbaharu, sebuah video dikongsi oleh akaun Twitter @117WeThePeople memaparkan wanita itu meluahkan perasaannya berkaitan dengan isu yang terjadi. Wanita itu mendakwa bahawa hatinya masih cintakan negara Malaysia dan turut menjelaskan akan hak kebebasan kepada rakyat Malaysia.
https://twitter.com/117WeThePeople/status/1456787452748763136
Menurutnya, setiap individu berhak untuk bebas memilih apa yang dikehendaki dari segi pemilihan makanan, lokasi yang dituju dan apa yang seseorang itu mahu lakukan terhadap badannya sendiri. Tambahnya, rakyat Malaysia perlu membuka mata dan hati dengan melihat bagaimana negara luar memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk memilih apa yang dikehendaki.
Akaun Twitter tersebut menggesa untuk Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan kerana memanipulasi maklumat dan memberi pandangan buruk ke atas wanita tersebut sehingga mempengaruhi pandangan orang ramai terhadap wanita itu.
https://twitter.com/117WeThePeople/status/1453506336805818371
Malah, pengguna akaun Twitter itu turut mengecam tindakan kerajaan Malaysia dan mendakwa pihak kerajaan menindas rakyat biasa. Hal tersebut mendapat perhatian rakyat Malaysia dan rata-rata netizen mengatakan wanita itu memang bersalah kerana telah melanggar SOP ditetapkan.
The moment she said selamat pagi I wanted her deported. White people only ever care about themselves and their precious ‘freedom’ with no regard for how it can affect others. You’re making everyone uneasy when you don’t wear a mask. What about our freedom to shop in peace. https://t.co/2KaYkyeDdJ
— dramalina (@rileytresjolie) November 7, 2021
https://twitter.com/Monarch_Black/status/1457241853313503232
Dear Dior Karen,
1) UK's Covid cases are surging now, due to removal of 😷 mandates, low teen vax rates, waning vax immunity after early vax rollout
2) Covid vaccines are safe & effective; serious side effects are rare.Don't cast your Republican/ antivax sentiments here in 🇲🇾 https://t.co/HpC04msDo6 pic.twitter.com/Tjl7HjiYMI
— Boo Su-Lyn (@boosulyn) November 7, 2021
Peace and love 💚 https://t.co/sjObdNT1TP pic.twitter.com/MBaUFshN3x
— Ceddy (@CeddyOrNot) November 7, 2021
Bukan itu sahaja, para netizen juga memberikan pandangan mereka berhubung perkara tersebut dan menasihati wanita tersebut untuk mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan kerana dia kini berada di Malaysia.
Bagi anda yang terlepas apa yang berlaku sebelum ini, klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lanjut.
Minah Saleh Ini Berang Kerana Dihalang Masuk Butik Mewah Tanpa Pelitup Muka Di KLCC
Tular Tidak Pakai Pelitup Muka Di Butik Dior, Minah Saleh Ini Telah Dikompaun RM3,000