Tular satu klip video CCTV insiden sebuah Honda City dibawa lari di Kuantan, Pahang selepas pemiliknya meninggalkan seketika untuk pergi ke tandas.
Menerusi video dikongsikan pengguna X.com @DianaParish kereta tersebut adalah milik saudaranya.

Ketika kejadian, pemilik kereta dan ayahnya turun daripada kereta untuk pergi ke tandas, sementara ibunya pula menunggu di dalam Honda City tersebut.
Tidak sampai beberapa saat, datang seorang lelaki botak masuk ke dalam kereta dan membawa lari warga emas yang juga seorang pesara guru.
Another cctv view pic.twitter.com/F0XNwBYFRs
— Diana Parish 🏴 (@DianaParish) June 4, 2024
Semasa kereta dibawa lari, warga emas itu sempat membuang keluar beberapa beg daripada kereta, dipercayai untuk elakkan lelaki botak itu mencuri barangan berharga tersebut.
Kira-kira 400 meter daripada stesen minyak berkenaan, lelaki itu menyuruh warga emas itu keluar dari kereta tersebut, lapor MalaysiaKini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata siasatan awal mendapati suspek datang ke stesen minyak itu dengan menaiki motosikal curi jenis Honda EX-5.
"Barang2 ada merata, ada dekat taman cempaka, latest info dekat sg isap ada barang, dan memang malam semalam ada kereta merah depan rumah dia tengah tukar no plate" -info dari family. Ni brg2 dlm kereta, pencuri tu buang pic.twitter.com/b0RkToYArv
— Diana Parish 🏴 (@DianaParish) June 4, 2024
“Motosikal itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan sudah dibawa ke balai untuk tujuan pemeriksaan lanjut.
“Anak mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan jam 3.34 petang semalam.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.
Menurut @DianaParish, antara barangan lain yang dibawa lari dalam kereta itu seperti telefon bimbit, kad bank dan pelbagai lagi.