Ketika ini, ramai orang menggunakan aplikasi cari jodoh untuk mencari pasangan dan pastinya ketika perjumpaan pertama kali akan sehabis baik menunjukkan ‘first impression’ untuk memikat hati orang yang disukai.
Terbaharu, tular sebuah video memaparkan keterujaan seorang lelaki yang ingin keluar dating buat pertama kalinya dengan seorang wanita yang ditemuinya secara online bertukar tragedi kerana dia tidak membawa kereta mewah.
Baca Juga:
- Netizen Terkejut Pelakon Remaja Guna Aplikasi ‘Dating’ Untuk Jumpa Kekasih
- Pernah Kurang Keyakinan Diri Semasa Pertama Kali Dating, Gadis Ini Kongsi Tips Tampil Yakin!
- Lelaki Ini Kongsi Pengalaman ‘Dating’ Di Pusat Sains Negara
@affeqarfan__ Hina sangat ke bawak myvi. #fyp #fypシ゚viral #materialistik
Dalam video tersebut, lelaki itu mendedahkan bahawa mereka ingin keluar makan malam pertama kali namun lelaki itu dimarah hanya kerana memandu kereta Perodua Myvi dan tidak membawa Mercedes.
“Awak bawa kereta Myvi ke? Awak kata tadi bawa kereta Mercedes?! Saya tak suka lah kereta ni. Bukan taste saya!” ujar wanita terbabit.
Biarpun sudah memberitahu sejak awal bahawa lelaki tersebut tidak dapat membawa kereta Mercedes akibat tayar pecah, alasan yang diberikan olehnya tidak diterima oleh wanita itu.
Perkongsian video tersebut neraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa kasihan dengan pemuda itu serta ada juga mengatakan mungkin ianya sekadar konten.
Malah, segelintir netizen turut memberikan kata-kata semangat kepada pemuda itu. Tidak hanya itu, ada juga netizen yang merasakan tindakan wanita itu keterlaluan.