Seperti ramai sedia maklum, setiap pemandu perlu mematuhi undang-undang jalan raya. Hal ini perlu memastikan masalah melibatkan kemalangan dapat dielakkan.

Dalam pada itu, masih terdapat segelintir individu yang memilih untuk memandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan. Terbaharu, tular sebuah perkongsian video yang menyaksikan seorang wanita memandu Perodua Myvi dengan kelajuan mencecah 180km/h.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lebih membuat para netizen seram adalah gaya pemanduannya yang dilihat tidak selamat dari segi kedudukan berdekatan stereng juga serta cara wanita ini memegang stereng yang dilihat kurang kukuh.

Video yang tular ini telah menarik perhatian ramai tidak hanya kerana kelajuannya, malah model kereta serta cara pemanduannya yang dilabel sebagai ‘resipi untuk menempah maut’.

Hal ini kerana Perodua Myvi merupakan sebuah kereta ekonomi dan tidak diciptakan untuk pemanduan yang pantas serta mempunyai brek yang kurang cekap pada kelajuan mencecah 180km/h.

Sehubungan dengan itu, rata-rata mengharapkan trend membawa laju sambil merakam kelajuan kereta ini tidak menjadi ikutan bagi mengelakkan lebih ramai terjebak trend yang sama.

Selain itu, diharap orang ramai lebih peka dengan had kelajuan yang ditetapkan bagi mengelakkan daripada berlaku kemalangan yang serius.

Melihat kepada isu pemalsuan melibatkan kereta keluaran Daihatsu yang digunakan pihak Perodua, mungkin menjadi salah satu sebab lagi pengguna Perodua perlu lebih berhati-hati membawa kenderaan khususnya melibatkan kelajuan yang tinggi.