Salah seorang peminat Terengganu FC mengkritik Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) ekoran kegagalan kedua-dua pihak menjaga kebajikan serta keselamatan penyokong yang hadir ke stadium ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara TFC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu lalu.
Individu dikenali Mohd Dez menerusi laman media sosial X miliknya menyenaraikan kegagalan MFL dan PSM sebagai penganjur bermula dengan ada tiket yang dijual berkali-kali sehingga ada peminat yang tidak dapat masuk kerana tike sudah digunakan oleh orang lain.
Baca Juga:
- PSM Akui Tak Cukup Masa Baiki Padang SNBJ Selepas Konsert Coldplay
- TMJ: Adakah Kami Akan Bermain Di Atas Sawah Padi Musim Hadapan?
- Ini Komen TMJ Selepas Periksa Sendiri Padang SNBJ
Seterusnya, terdapat kekeliruan dalam pengurusan marshal apabila memberitahu tempat duduk adalah secara terbuka (open seat) sedangkan tiket yang dikeluarkan mengandungi nombor tempat duduk. Perkara ini menyebabkan ada peminat yang duduk di tangga kerana kerusi mereka sudah diambil peminat lain.
Jumlah penyokong yang hadir ke stadium ketika perlawanan akhir melebihi 80 ribu tetapi Dez mendakwa jumlah tersebut lebih kerana ada juga peminat yang duduk di concourse area sekaligus bercampur dengan penjual makanan dan minuman yang berada di kawasan tersebut.
Tiada buffer separate atau marshall antara fans Terengganu dan JDT. Sampai lah berlaku provokasi antara fans selepas gol pertama jdt. Keadaan jadi makin tegang & nasiblah abg JMF datang kutip fans JDT yg provoke seterusnya jaga di sepanjang line yg panas ni
Gamba sebelum match pic.twitter.com/kHowzHPYSd
— Mohd Dez (@Mohddez) December 9, 2023
Selain itu, tiada ruang untuk memisahkan penyokong Terengganu dan JDT di kawasan tengah dimana ada beberapa kejadian tidak diingini berlaku seperti provokasi antara penyokong selepas gol pertama JDT dijaringkan oleh Bergson. Setelah kejadian provokasi berlaku, ada ahli dari Johor Military Force (JMF) yang kemudiannya menenangkan keadaan dan menjaga garisan kecil antara dua penyokong.
Keselesaan penyokong turut terjejas dimana ada segelintir yang hadir ke stadium menghisap rokok dan vape sekaligus berpotensi untuk membahayakan peminat lain terutama kanak-kanak.
Setelah perlawanan selesai, tiada pintu besar dibuka bagi membolehkan peminat untuk keluar dari stadium dimana menurut Dez mereka terpaksa menggunakan laluan sempit untuk keluar.
video menunjukkan keadaan selepas match yg dikongsikan oleh member aku sewaktu penonton berasak-asak keluar dari stadium disebabkan pintu gates besar tidak dibuka menyebabkan semua penonton terpaksa berasak2 keluar menerusi pintu turnstile yg kecik tu.
Video by Wan Rani pic.twitter.com/nk0wux3m2e
— Mohd Dez (@Mohddez) December 14, 2023
Yang paling mengecewakan aalah SNBJ tidak mempunyai alat automated external defibrillator (AED) yang mana alat ini berfungsi untuk memberikan rawatan awal kepada individu yang terkena serangan jantung.
Menurut perkongsian pengulas sukan Astro Arena, Wan Khairil Azwa di laman X menyatakan bahawa ada penyokong yang meninggal dunia itu dipercayai terkena serangan jantung.
Pihak MFL dan PSM perlu mengambil serius mengenai aduan ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penyokong yang berkunjung untuk menyaksikan perlawanan di SNBJ terjaga.