Salah seorang peminat Terengganu FC mengkritik Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) ekoran kegagalan kedua-dua pihak menjaga kebajikan serta keselamatan penyokong yang hadir ke stadium ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara TFC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu lalu.

Individu dikenali Mohd Dez menerusi laman media sosial X miliknya menyenaraikan kegagalan MFL dan PSM sebagai penganjur bermula dengan ada tiket yang dijual berkali-kali sehingga ada peminat yang tidak dapat masuk kerana tike sudah digunakan oleh orang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Seterusnya, terdapat kekeliruan dalam pengurusan marshal apabila memberitahu tempat duduk adalah secara terbuka (open seat) sedangkan tiket yang dikeluarkan mengandungi nombor tempat duduk. Perkara ini menyebabkan ada peminat yang duduk di tangga kerana kerusi mereka sudah diambil peminat lain.

Jumlah penyokong yang hadir ke stadium ketika perlawanan akhir melebihi 80 ribu tetapi Dez mendakwa jumlah tersebut lebih kerana ada juga peminat yang duduk di concourse area sekaligus bercampur dengan penjual makanan dan minuman yang berada di kawasan tersebut.

Selain itu, tiada ruang untuk memisahkan penyokong Terengganu dan JDT di kawasan tengah dimana ada beberapa kejadian tidak diingini berlaku seperti provokasi antara penyokong selepas gol pertama JDT dijaringkan oleh Bergson. Setelah kejadian provokasi berlaku, ada ahli dari Johor Military Force (JMF) yang kemudiannya menenangkan keadaan dan menjaga garisan kecil antara dua penyokong.

Keselesaan penyokong turut terjejas dimana ada segelintir yang hadir ke stadium menghisap rokok dan vape sekaligus berpotensi untuk membahayakan peminat lain terutama kanak-kanak.

Setelah perlawanan selesai, tiada pintu besar dibuka bagi membolehkan peminat untuk keluar dari stadium dimana menurut Dez mereka terpaksa menggunakan laluan sempit untuk keluar.

Yang paling mengecewakan aalah SNBJ tidak mempunyai alat automated external defibrillator (AED) yang mana alat ini berfungsi untuk memberikan rawatan awal kepada individu yang terkena serangan jantung.

Menurut perkongsian pengulas sukan Astro Arena, Wan Khairil Azwa di laman X menyatakan bahawa ada penyokong yang meninggal dunia itu dipercayai terkena serangan jantung.

Pihak MFL dan PSM perlu mengambil serius mengenai aduan ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penyokong yang berkunjung untuk menyaksikan perlawanan di SNBJ terjaga.