Seorang bayi tidak berdosa telah patah kaki disyaki didera oleh pengasuhnya. Perkara itu sebelum ini tular di media sosial.

Selepas ibu kepada bayi tersebut mengesyaki ada yang tak kena dengan kaki bayinya. Kemudian dia melihat kesan bengkak pada kaki anaknya itu ketika menukar lampinnya.

Dia mendapati bayinya tidak aktif seperti biasa dan kurang minum susu. Lalu dia menghantar bayi tersebut ke klinik, kemudian dirujuk kepada hospital kerajaan.

Bayi tersebut disahkan patah kaki sebelah kiri. Kejadian itu benar benar membuatkan ibu bayi tersebut terkejut.

Pihak ibu bapa bayi tersebut telah menghubungi pengasuh bayi mereka. Dan pengasuh itu pada masa itu menyatakan bahawa keadaan bayi itu baik baik sahaja di bawah jagaannya dan tiada apa yang berlaku.

Lalu ibu bapa bayi tersebut membuat laporan polis berkaitan dengan kejadian itu.

Sinar Harian melaporkan, pengasuh tersebut kemudian ditahan reman bagi membantu siasatan berkenaan dengan kes bayi 2 bulan patah kaki sebelah kiri. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Bandar Dato Onn, Johor Bharu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan seorang wanita berusia 36 tahun itu direman selama enam hari bermula Selasa sehingga Ahad hadapan.

Dipetik dari sumber Sinar Harian – Dalam kenyataannya, Raub berkata: “Polis menahan pengasuh selepas ibu bapa bayi berkenaan membuat laporan polis petang Ahad lalu.

“Kes disiasat menerusi Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.”