Beego nafi dia seorang suami yang dayus dan memukul isterinya sendiri.

Pelakon dan penyanyi Beego, atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, meminta isterinya, Linda Hashim, untuk mengemukakan bukti bahawa dia pernah mengasarinya sepanjang perkahwinan mereka.

Beego menegaskan bahawa permintaan tersebut bukanlah satu cabaran, tetapi Beego yakin bahawa tiada bukti yang menunjukkan dia melakukan keganasan rumah tangga seperti didakwa.

Linda Hashim dalam pada itu menyatakan dia pernah membuat beberapa siri laporan polis menyatakan bahawa dia adalah mangsa keganasan rumah tangga, dikasari oleh suaminya, Beego.

Linda hashim
Foto: Harian Metro

Beego nafi tuduhan ke atasnya

Namun Beego nafi pernah memukul atau mengasari isterinya. Beego berkata: “Kalau ada gambar, keluarkanlah. Saya bukannya mahu mencabar, tetapi saya tahu memang tiada.

Beego nafi pukul bini
Foto: mStar

“Saya tak pernah muat naik apa-apa foto sebelum ini. Kalau hendak selesaikan secara baik, tak perlu provokasi orang ramai,” katanya kepada mStar selepas prosiding lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.

Beego juga tidak bercadang untuk memfailkan permohonan nusyuz terhadap Linda. Walaupun menurutnya, isterinya telah keluar dari rumah tanpa izinnya sejak Oktober tahun lalu.

Beego mendedahkan bahawa dia sentiasa menunggu di rumah dan tidak mahu menggunakan isu ini untuk memberikan tekanan kepada isterinya.

Beego kecewa Linda Hashim memfailkan tuntutan cerai daripadanya. Dan sejak Linda memfailkan tuntutan cerai tersebut, Beego mendakwa isterinya itu langsung tidak memberikan peluang untuk berdamai dan bersemuka.

Linda

Linda menurutnya, seringkali mengelakkan diri daripadanya. Beego berkata lagi: “Kali terakhir kami berjumpa adalah di mahkamah sebelum ini.

“Kahwin 12 tahun, kalau nak selamatkan rumah tangga dalam tempoh setahun pun saya sanggup.”

Sebagai rekod, Linda Hashim telah memfailkan tuntutan cerai daripada Beego pada awal Januari lalu dengan alasan sudah tiada persefahaman.

Pasangan ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum rujuk semula pada 9 April tahun yang sama.

Mereka mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.