Ramai yang tidak mahu terlepas peluang menjadi antara yang pertama berkunjung ke Apple Store pertama di The Exchange TRX pagi tadi.

Malah, ada yang sanggup bermalam sejak 12 tengah malam semata-mata mahu menjadi antara yang terawal untuk jejak kaki di Apple Store. Pengunjung terawal turut menerima cenderamata khas berupa tote bag khas yang hadir dengan kuantiti terhad secara percuma.

Disebabkan beg tersebut terhad, ada sudah yang mula ‘buat duit’ dengan beg itu dan dijual setinggi harga RM550!

Beg Percuma Apple The Exchange TRX Dijual Semula Setinggi RM550
Photo: Carousell

Menerusi aplikasi jualan Carousell, rata-rata penjual menjual beg tersebut dalam lingkungan harga RM200-RM300 ringgit.

Para penjual mungkin hanya mencuba nasib dengan menawarkan harga tersebut dan mungkin ada peminat setia Apple yang sanggup untuk membeli beg tersebut pada harga demikian.

Rekaan Apple The Exchange TRX ternyata unik dan bakal menjadi lokasi baharu untuk anda OOTD di The Exchange TRX.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk terkini Apple di sini dan bersembang dengan para ‘Apple Genius’ sekiranya anda mahu bertanya pendapat tentang mana-mana produk Apple yang anda minat untuk beli.