Pada tanggal 22 Jun, hari ini telah berlangsungnya pelancaran Apple Store pertama di Malaysia bertempat di TRX Exchange.

Malah kami dinaklumkan ada yang sanggup tidur sejak dari semalam di situ dan pada pagi ini orang ramai didapati memenuhi ruangan di hadapan kedai fizikal Apple yang bersambung dengan pusat beli belah TRX bersempena pembukaannya.

Pelancaran Apple Store Malaysia
Pelancaran Apple Store

Dapat dilihat rekaan dalaman yang cukup minimalis dan esklusif sekaligus memberikan pengalaman menerokai yang cukup mengujakan.

Perkara ini terbukti apabila para peminat meluahkan kegembiraan menyaksikan seni bina yang ditampilkan sebelum ia dibuka secara rasmi lagi.

Terdapat tiga tingkat di mana pada tingkat pertama menjadi fokus kepada penawaran barisan produk Apple dan juga servisnya. Sementara di tingkat kedua, Apple Store turut menyediakan kemudahan ‘Today At Apple’ dimana pengunjung boleh mempelajari skil-skil terbaru serta fungsi produk mereka termasuklah fotografi, ilustrasi, ‘coding’, video, muzik, bisnes, pendidikan dan banyak lagi.

Tingkat ketiga Apple Store Malaysia
Taman atau tempat lepak di sekitarnya
Peminat hadir ‘flex’gajet Apple terkini yang dimiliki

Pada tingkat atas sekali, anda boleh meluangkan masa bersama komuniti dan bergambar dengan bangunan Apple Store yang cukup ikonik itu. Malah, ditambah pula dengan panorama pokok yang menghijau di bahagian luar dengan cahaya matahari menerangi di sekitarnya menjadikan ia sebagai lokasi yang bagus untuk kaki fotografi.

Menariknya, dengan kehadiran Apple Store ini bakal memberikan kelebihan kepada para peminat seperti mendapatkan nasihat atau bantuan daripada pekerja terlatih, mendapat akses kepada produk terbaharu Apple dan juga boleh mengkustomasi sesetengah peranti seperti Apple Watch.

Anda yang berminat, boleh datang ke mari untuk merasai sendiri pengalaman menerokai bangunan Apple Store pertama di Malaysia ini dan melihat penawaran menarik menerusinya bermula hari ini.