Seorang wanita bernama Ziela Rashid akhirnya tampil mendedahkan nama artis yang dia maksudkan sebelum ini, yang didakwa berhutang dengannya RM208,000.00.

Netizen sebelum ini tertanya tanya siapakah artis yang dimaksudkan Ziela ketika wawancara dengan Melodi baru baru ini.

Menurut laporan oleh mStar, Ziela Rashid adalah bekas adik ipar kepada Aida Aris.

Dalam satu video di media sosial, Ziela dengan terbuka memetik nama Aida Aris dan meminta agar selebriti itu segera membayar balik hutangnya.

Ziela menegaskan bahawa hutang sebanyak RM208 ribu itu sudah terlalu lama tidak dibayar artis tersebut selama 4 tahun.

Lantas dia memohon Aida Aris agar membayar segera wangnya dan berurusan dengan pihak insolvensi.

Ziela berkata: “Hai semua, dengan ini saya ingin menyatakan pelakon yang saya maksudkan semasa temubual bersama Melodi baru baru ini adalah Aida Aris.

“Dengan penerangan ini, semoga tiada lagi teka teki siapakah pelakon yang saya maksudkan tersebut.

“Untuk Aida, sila bayar hutang kami secepat mungkin kerana sudah terlalu lama, 4 tahun.

“Tolong berurusan dengan pihak insolvensi,” tegas Ziela.

@surihatimrpilotruiz

Teka teki mengenai siapakah pelakon yang berhutang dengan saya dan suami.. #panas #hutang #aidaaris #meloditv3 #pelakonberhutang #muflis #fypシ゚ a#fyppppppppppppppppppppppp #storypanas #viral #insolvency #arahanmahkamah #meloditv3 #sensasi #isuhangat

♬ original sound – Ziela Rashid Ruiz Palacin – Ziela Rashid Ruiz Palacin

Buat masa ini pihak Aida Aris masih belum membuat kenyataan tentang perkara tersebut.