Siapa sahaja tidak mengenali platform Fave yang mana menjadi buruan para pengguna tempatan untuk mendapatkan potongan harga atau rebat dan juga tawaran menerusinya. Tahukah anda tentang individu di sebalik aplikasi Fave tersebut iaitu Joel Neoh?

Beliau telah pun meninggalkan syarikat Fave pada Mac 2023 yang lalu. Difahamkan beliau mahu menerokai industri baharu diluar bidangnya di samping berehat seketika untuk tugas yang dijadualkan sehingga pertengahan tahun 2024.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Fintech News Malaysia

Menerusi perkembangan terkini, syarikat penjagaan kesihatan Prenetics Global Limited telah mengumumkan pelantikan bekas Ketua Pengawai dan pengasas Fave, Joel Neoh sebagai Ketua Pengawai Pengguna baharu serta pengarah urusan bahagian perniagaan kesihatan pengguna, CircleDNA.

Untuk makluman, Prenetics merupakan syarikat penjagaan kesihatan global yang beroperasi di 10 buah negara bersama pasukan yang merangkumi lebih 800 ahli.

Sumber Gambar: Prenetics

Sementara, CircleDNA pula ialah platform penjagaan kesihatan yang paling terkenal kerana menawarkan ujian DNA pengguna di seluruh dunia. Dengan ini, ia membolehkan pengguna mengakses maklumat kesihatan dan laporan tentang genetik mereka menerusi aplikasi mudah alih sahaja.

Menurut siaran akhbar, pelantikan Neoh datang pada masa Prenetics berusaha untuk mencipta semula landskap penjagaan kesihatan di samping memperkenalkan tawaran penjagaan kesihatan diperibadikan kepada pengguna dalam CircleDNA.

Perkembangan terbaharu ini juga bakal memperlihatkan penawaran servis yang lebih meluas termasuklah ujian darah, perkhidmatan telekesihatan, makanan tambahan yang diperibadikan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan dalam talian ke luar talian.

Dengan semua produk dan perkhidmatan baharu ini dijadualkan untuk dilancarkan dalam tempoh 12 bulan akan datang. Nampaknya Neoh perlu belajar dan menyerap banyak perkara berkaitan sains dan kesihatan memandangkan masih baharu di dalam industri ini.

Bahkan, Joel Neoh juga telah mengambil keputusan untuk menangguhkan percutian dan menyertai syarikat tersebut dalam misi menyediakan sebuah ekosistem penjagaan kesihatan yang komprehensif untuk membantu orang ramai hidup lebih sihat.

Neoh akan terus aktif dalam industri teknologi serantau melalui pelaburan dalam lebih daripada 25 syarikat dengan peranan penasihat di Endeavor Malaysia, XA Network dan Universiti Sunway. Beliau juga merupakan salah seorang pelabur di Prenetics yang tersenarai di Nasdaq.