Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan Perak, Bobie Farid Shamsudin menegaskan bola sepak Malaysia sebagai satu industri yang merugikan.
Bobie yang telah meletak jawatan pada Julai lalu bagaikan menabur garam pada luka dimana beliau terus mengkritik bola sepak Malaysia selepas berada dalam industri ini selama dua musim.
Baca Juga:
- Peledak Berbisa Dari Colombia Sah Sertai JDT
- “Sukan Ini Susah Nak Repair” – CEO Perak FC Letak Jawatan
- Gelombang Kehadiran ‘Ubi’ Brazil Ke Chelsea Cetusan Idea Bekas Pemain Import Perak
Menurut perkongsian di laman media sosial Facebook miliknya, Bobie menjelaskan mengapa bola sepak tempatan sukar untuk bergerak maju ke hadapan.
“Aku ada baca tulisan mengenai bagaimana nak jaga kelab bola sepak yang bagus. Ada banyak hujah yang disebut dan aku baca satu per satu tanpa lelah.
“Panjang tulisan dia tu dan bila dibaca, nampak seperti hebatlah langkah-langkah untuk jadi kelab yang bagus dalam negara ni.
“Satu sahaja aku nak tanya, nak laksanakan semua falsafah bola sepak yang dia tulis tu, nak laburkan guna air liur ke apa?
“Itulah sebabnya sebelum ini, aku langsung tak tengok bola sepak Malaysia ni kerana memang tiada penyelesaian baginya. Yang ada, yang pandai bercakap dan menulis tetapi tidak berbuat apa-apa.
“Itulah juga kenapa kebanyakan kerajaan negeri sudah melepaskan tangan daripada bola sepak ni kerana tidak memajukan ekonomi setempat, merugikan ada lah dan ia tidak mempengaruhi situasi politik. Jadi, apa boleh buat,” katanya.
Selepas tidak bersama Perak FC, Bobie kini memberikan tumpuan penuh kepada sukan permotoran.