Ejen pemain dari Korea Selatan, Myeongho Jeong sudah mula hilang sabar dengan pasukan Liga Malaysia yang didakwa menipu pemain import dibawah seliaannya dan tidak bayar gaji selama beberapa bulan.

Pasukan dimaksudkannya ialah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) yang didakwa gagal menguruskan visa 4 pemain import dari Korea iaitu Kim Ri-gwan, Bae Kyeong-hwan, Goo Ah-hwoi dan Byung-ju Jung.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut perkongsian menerusi laman instagramnya, beliau mendakwa jurulatih dan pemainnya terpaksa tinggal secara haram di negara ini apabila tidak mendapat visa daripada KDN FC selepas enam bulan.

“Saya sudah bekerja sebagai ejen pemain selama 15 tahun dan hanya mempunyai masalah dengan pasukan dari Liga Super Malaysia.

“Ini liga yang paling teruk sekali. Kepada pemain, jangan datang ke Liga Malaysia,” tulisnya.

Ejen Korea Anggap Liga Malaysia Paling Teruk Di Asia

Jeong mendedahkan beliau terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk menyelesaikan masalah yang sepatutnya dilakukan oleh pihak pengurusan pasukan Liga Malaysia.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), tolong bantu pemain-pemain ini. Mereka kini tinggal di Malaysia sebagai pendatang haram kerana sudah 6 bulan mereka tidak dapat visa, dan ia turut menyebabkan mereka tidak dapat menaiki penerbangan ke mana-mana untuk menghadapi perlawanan.

“FAM dan media perlu membantu pemain-pemain ini, kelab ini menipu setiap hari dan tidak memberikan visa seperti dijanjikan.

“Saya pernah bekerja dengan banyak kelab dari Asia, dan saya rasa Liga Super Malaysia adalah paling teruk. FAM perlu menyiasat kelab ini. Mereka tidak bayar gaji selama 3 bulan dan tidak menyediakan visa untuk 6 bulan.

“Pemain dan jurulatih dari Korea tidak boleh terbang ke mana-mana, mereka ketika ini berstatus pendatang haram. Adakah semua ini masuk akal,” katanya.

Ejen Korea Anggap Liga Malaysia Paling Teruk Di Asia

Jeong turut mendakwa ada lagi pasukan lain dalam Liga Malaysia yang bermasalah dan tidak menggalakkan pemain Korea datang bermain di negara ini.

“Pemain terpaksa mendiamkan diri kerana keluarga dan mata pencarian mereka. Terlalu banyak masalah dengan Liga M tetapi pemain terpaksa menahan kemarahan mereka.

“Saya kasihan dengan pemain,” katanya.