Kecemerlangan penyerang Jordan, Yazan Al-Naimat berjaya membantu pasukan itu mara ke perlawanan akhir temasya Piala Asia 2023 selepas menewaskan Korea Selatan pada aksi separuh akhir semalam.
Yazan menjaringkan satu gol dalam kemenangan 2-0 Jordan ke atas skuad kendalian Jurgen Klinsmann itu sekaligus mara ke perlawanan akhir buat kali pertama dalam sejarah temasya itu.
Baca Juga:
- Tewas Kepada Jordan, Jurgen Klinsmann Enggan Letak Jawatan
- Piala Asia 2023: Jordan Cipta Sejarah Mara Ke Final
- Piala Asia 2023: Info Siaran Langsung Jordan vs Korea Selatan (Live Streaming)
🔁 Just put it on repeat!
Another angle of Mousa Al-Tamari's moment of magic! 🪄#AsianCup2023 | #HayyaAsia | #JORvKOR pic.twitter.com/OFU8daqKM6
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) February 6, 2024
Setiap kali ada pemain yang menyinar dalam kejohanan antarabangsa, sudah pasti ada peminat yang mahukan pemain tersebut untuk menyertai kelab mereka dan perkara ini tidak terkecuali bagi peminat di Liga Malaysia.
Ada peminat yang mahukan kelab bersaing di Liga Super untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 25 tahun itu selepas prestasi cemerlang yang ditampilkan bersama pasukannya di Qatar.
Akan tetapi, ejen kepada Yazan mendedahkan sukar untuk membawa pemain itu bagi beraksi di Malaysia kerana Yazan memiliki harga pasaran yang amat tinggi.
Menurut tinjauan di laman Transfermarkt, penyerang kelab Qatar, Al Ahli itu memiliki nilai pasaran sebesar €600 Ribu atau sekitar RM3 Juta.
Malah, Yazan Al-Naimat mempunyai nilai pasaran yang jauh lebih mahal berbanding penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bergson da Silva (€400 Ribu) dan pemain sayap negara, Arif Aiman (€550 Ribu).
Sekiranya Jordan berjaya muncul sebagai pemenang Piala Asia 2023, nilai pasaran semasa Yazan dijangka naik lebih tinggi dan hanya kelab dari luar negara seperti Jepun, Korea Selatan, Arab Saudi dan Bahrain yang mampu untuk mengeluarkan dana besar bagi mendapatkan khidmatnya.
Satu lagi perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada malam ini dimana juara bertahan, Qatar akan turun menentang Iran di Stadium Al Thumama.