Jordan mencipta sejarah baharu apabila berjaya melangkah ke final Piala Asia 2023 buat kali pertama selepas mengejutkan Korea Selatan, 2-0 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Ahmed bin Ali, Qatar.
Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati sehingga buntu mencari jaringan pembukaan walaupun memiliki deretan peluang terhidang.
Baca Juga:
- Piala Asia 2023: Gol Sendiri Yazan Alarab Selamatkan Korea, Seri 2-2 Bertemu Jordan
- Piala Asia 2023: Jordan Lakar Sejarah Ke Separuh Akhir
- Piala Asia 2023: Korea Selatan Hantar Arab Saudi Pulang
Kapten Korea Selatan, Son Heung-min nyaris mencetak nama sebagai penjaring namun tandukannya terkena tiang pada minit ke 31.
Malah, Jordan yang diperkuatkan oleh penyerang prolifik, Yaizan Al Naimat kerap kali memberi masalah kepada benteng pertahanan Korea Selatan. Kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa kedua.
Memasuki babak kedua, Jordan bermula dengan garang sehingga memaksa benteng pertahanan Korea Selatan bekerja keras mengekang kemaraan dua penyerang berbahaya, Musa Al Tamari dan Yazan Al Naimat.
Pada minit ke 52, Stadium Ahmed Bin Ali bergema dengan sorakan ribuan penyokong apabila Yazan menyudahkan hantaran cantik Al Tamari menerusi bola ‘chip’ dalam kawasan kotak penalti untuk gol pertama Jordan.
Yazan Al Naimat donne l’avantage à la Jordanie dans cette demi-finale 🔥🔥🔥
Jordanie 1 – 0 Corée du Sud
pic.twitter.com/YUDuRJtZXf— SPL 🇸🇦 (@ActuSPL) February 6, 2024
Jaringan tersebut memberikan semangat tambahan kepada Jordan untuk terus mengandakan asakan dan mereka juga langsung tidak memberi ruang kepada skuad kendalian Jurgen Klinsmann untuk memegang bola.
Pada minit ke 65, giliran Musa Al Tamari menambah gol kedua menerusi gerakan solo yang tidak mampu dihalang oleh benteng pertahanan Korea Selatan.
Le but de la compétition de Mousa Al Tamari 🤯🤯🤯🤯
La Jordanie mène de 2 buts face à la Corée du Sud.pic.twitter.com/w4x5arkUhH
— SPL 🇸🇦 (@ActuSPL) February 6, 2024
Korea cuba bangkit mencari gol pertama namun mereka sukar menembusi benteng pertahanan Jordan yang beraksi dengan cukup berdisiplin.
Malah, penyerang Korea Selatan. Cho Gue-sung dan Lee Kang in cuba merebahkan badan untuk mendapatkan sepakan penalti namun tidak dilayan oleh pengadil.
Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus memastikan tiket ke final menjadi milik Jordan. Mereka akan bertemu sama ada Qatar atau Iran di final yang berlangsung pada 10 Februari ini.