Korea Selatan menghidupkan peluang untuk mara ke final Piala Asia 2023 apabila melangkah ke suku akhir selepas menewaskan Arab Saudi menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 di Stadium Education City, Qatar.
Separuh masa pertama bermula dengan agak hambar apabila kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan pembukaan dan gagal menyudahkan beberapa peluang terhidang.
Baca Juga:
- Seri Dengan Malaysia, Penyokong Korea Mahu Jurgen Klinsmann Dipecat
- Roberto Mancini Jangka Arab Saudi Jumpa Malaysia Di Pusingan 16 Piala Asia 2023
- Aksi Malaysia Menentang Korea Selatan Terpilih Bagi Anugerah ‘Best Match Of The Group Stage’
Arab Saudi juga nyaris mendapat gol pertama mereka melalui situasi sepakan sudut namun tandukan Ali Lajami dinafikan oleh palang. Kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa.
Satu minit selepas pengadil meniup wisel separuh masa kedua bermula, Stadium Education City bergegar dengan sorakan ribuan penyokong Arab Saudi apabila pemain gantian, Abdullah Radif merembat masuk gol pembukaan.
⚽ GOAL | 🇸🇦 Saudi Arabia 1️⃣-0️⃣ Korea Republic 🇰🇷
The second half starts with a bang! Abdullah Radif slides one past Jo Hyeon-Woo to give Saudi the lead ⚡️
Watch Live 📺 https://t.co/nJZ0pcUSJt#AsianCup2023 | #HayyaAsia | #KSAvKOR pic.twitter.com/TpJMXFHW5p
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 30, 2024
Tersentak dengan jaringan itu, Korea Selatan yang dibimbing oleh Jurgen Klinsmann cuba bangkit namun mereka sukar menembusi benteng pertahanan Arab Saudi.
Malah, percubaan berbahaya Son Heung-Min pada minit ke 86 berjaya dihalang oleh benteng pertahanan Arab Saudi yang bermain dengan cukup berdisiplin.
Selain itu, penjaga gol Arab Saudi, Ahmed Al Kassar juga beraksi cemerlang menafikan deretan peluang lawan dalam kawasan kotak penalti.
Namun, ia tidak mematahkan semangat pemain Korea Selatan untuk terus memburu gol dalam tempoh 10 minit masa tambahan yang diberikan oleh pengadil.
Usaha mereka mengandakan asakan akhirnya membuahkan hasil apabila Cho Gue Sung berjaya menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke 90+9 sekaligus mengheretkan perlawanan ke masa tambahan.
⚽ GOAL | 🇸🇦 Saudi Arabia 1️⃣-1️⃣ Korea Republic 🇰🇷
Late late drama!! Cho Gue-sung heads in the equaliser for Korea Republic in the 9th minute of injury time!
Watch Live 📺 https://t.co/nJZ0pcUSJt#AsianCup2023 | #HayyaAsia | #KSAvKOR pic.twitter.com/vGmsmQUcRs
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 30, 2024
Ketika masa tambahan, kedua-dua pasukan tetap buntu mencari gol kedua dan ia berlanjut kepada penentuan sepakan penalti.
Penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeon-woo muncul wira apabila menepis dua sepakan penalti Arab Saudi lalu mengesahkan tiket ke suku akhir menjadi milik mereka.
Korea Selatan bakal bertemu Australia di suku akhir pada 2 Februari 2024.