Tupac Shakur cukup dikenali sebagai salah seorang rapper paling berpengaruh dan berjaya sepanjang zaman. Bagaimanapun pada 7 September 1996, beliau telah ditembak semasa keretanya berhenti menunggu lampu isyarat. Tupac meninggal dunia akibat kecederaannya enam hari kemudian.

Selepas 27 tahun, akhirnya suspek utama kes pembunuhan, Duane Keith Davis, berusia 60 tahun telah ditahan Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas pada pagi Jumaat baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut pihak polis, Duane merupakan merupakan satu-satunya suspek yang masih hidup yang berkaitan dengan siasatan pembunuhan Tupac.

Duane didakwa merancang tembakan maut itu selepas anak saudaranya terbabit dalam pergaduhan dengan Tupac di sebuah kasino.

Memetik laporan BBC, Greg Kading, seorang pesara detektif polis Los Angeles yang menghabiskan masa bertahun-tahun menyiasat pembunuhan Tupac, memberitahu Associated Press bahawa dia tidak terkejut dengan penahanan Duane.

Di mahkamah, pendakwa raya Marc DiaGiacomo menyifatkan Duane Keith Davis, bekas ketua geng jalanan South Side Compton Crips sebagai ‘komander di tempat kejadian’ yang mengarahkan pembunuhan Tupac.

Semasa sidang akhbar, pegawai polis Jason Johansson berkata kegigihan pasukan dalam penyiasatan telah akhirnya membuahkan hasil.

Dia berkata Orlando Anderson, mendiang anak saudara suspek, dan Tupac telah terlibat dalam pergaduhan di kasino sejurus sebelum penyanyi rap itu ditembak pada 7 September 1996.

Johansson menunjukkan kepada wartawan rakaman CCTV hotel di mana Anderson dipukul. Insiden terbabit akhirnya membawa kepada tindakan membalas dendam terhadap Tupac dengan menembaknya ketika dia sedang menunggu di dalam keretanya semasa lampu isyarat merah — beliau juga menambah ia menjadi jelas bahawa ini adalah jenayah berkaitan kumpulan, dan kes itu telah disemak beberapa kali.

“Selama 27 tahun keluarga Tupac Shakur menunggu keadilan,” kata Syerif Kevin McMahill dengan penuh emosi.

Sumber