Seorang bekas pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) mengalami kecederaan serius selepas dipercayai lelaki yang menaiki Perodua Alza, susulan satu kemalangan jalan raya di Jalan Pasir Panjang, petang 23 November lalu.
Mangsa, Roslan Ngah, 63, dilaporkan mengalami patah tulang hidung serta keretakan pada kedua-dua bahagian rahangnya akibat kejadian tersebut.
Menurut Roslan, kejadian bermula apabila kereta yang dipandu isterinya dilanggar dari belakang oleh sebuah Perodua Alza ketika mereka hendak membelok ke kiri selepas memberikan isyarat.
Roslan kemudian turun dari kereta untuk memeriksa kerosakan dan bertanyakan punca pelanggaran berkenaan.
Bagaimanapun, keadaan bertukar menjadi tegang apabila tiga lelaki, termasuk pemandu MPV tersebut, dipercayai memaki hamun sebelum menyiku muka dan memukulnya.
Bekas pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) patah tulang hidung dan mengalami keretakan pada kedua-dua rahang selepas dipercayai dipukul pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, semalam.
Berita penuh: https://t.co/ClwjIU42uF pic.twitter.com/M2Dr892Ge3
— Berita Harian (@bharianmy) November 24, 2026
Ketiga-tiga lelaki itu kemudian melarikan diri apabila penduduk mula berkumpul di lokasi kejadian.
Roslan turut memaklumkan bahawa dia tidak mengenali ketiga-tiga lelaki terbabit, manakala isterinya sudah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.
Lelaki patah hidung, rahang retak dipukul pemandu MPV#BHkes Insiden berlaku secara mengejut ketika mangsa memeriksa kerosakan kenderaan selepas dilanggar Perodua Alzahttps://t.co/ClwjIU4Akd
— Berita Harian (@bharianmy) November 24, 2026
Rakaman kejadian yang dirakam oleh isterinya turut tular di media sosial selepas dimuat naik oleh anak mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Beliau berkata siasatan masih dijalankan.