Jurulatih yang pernah beraksi bersama Everton dilaporkan bakal menjadi pengganti kepada Mark Milligan dalam barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya.
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena iaitu Fina Nasrom, pengendali yang dimaksudkan merupakan kelahiran England dan pernah beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Baca Juga:
- Mark Milligan Tinggalkan Skuad Harimau Malaya
- Peter Lim Enggan Jual Valencia Kepada Cristiano Ronaldo
- Ditanya Peluang Pemain Warisan Beraksi Menentang Nepal, Ini Jawapan Peter Cklamovski
Di fhmkn pengendali kelahiran England, yg jg bekas pemain Everton bakal ganti Mark Milligan
Pengendali ini bakal mulakan tugas menjelang aksi persahabatan Msia vs Cape Verde hujung bulan ini selain turut jadi perantara dengan skuad u23 agar pembentukan pemain negara seiring. pic.twitter.com/z0P3uZFGO2
— FinaNasrom (@fnasrom) May 14, 2025
Teka-Teki Mengenai Bekas Pemain Everton
Selepas perkongsian ini dimuat naik di laman X, ramai mula berspekulasi mengenai identiti jurulatih yang bakal membantu Peter Cklamovski dalam skuad Harimau Malaya.

Antara nama yang menjadi perbincangan ialah Wayne Rooney, dimana pemain ini memulakan karier profesional bersama Everton sebelum menyertai Manchester United pada 2004.
Nama lain seperti Alan Stubbs, Duncan Fergusan dan David Unsworth turut menjadi bualan peminat bola sepak tanah air.

Bulan lalu, Milligan meninggalkan skuad Harimau Malaya dan menyertai kelab yang beraksi di liga Australia.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Mark Milligan atas sumbangannya kepada pasukan kebangsaan Harimau Malaya.