Sebelum ini tular kisah seorang lelaki asal Malaysia yang  mendakwa dia telah didera secara perkauman di Jepun. Mangsa xenofobia itu kecewa dengan penderaan perkauman diterimanya kerana dia benar benar mengagumi Jepun.

Dia  malah pernag menghina pelancong yang melancong ke Jepun kerana menurutnya telah merosakkan budaya Jepun yang sukakan ketenangan. Dia benar benar menganggap dirinya sebagai orang Jepun.

Tetapi kini dia telah melalui pengalaman yang kurang menyenangkan menjadi mangsa rasisme.

Dia berkongsi pengalaman di akaun media sosialnya dengan menyatakan: “Apabila saya pulang dari kerja, saya jumpa papan tanda ini di pintu rumah dan kereta saya. Kaum konservatif, adakah ini cukup untuk membuat kamu gembira? Sebab ia benar-benar melukakan hati saya.

“Saya berasal dari Malaysia, dan saya sentiasa mengagumi Jepun. Ibu bapa saya kedua-duanya meminati budaya Jepun, jadi begitulah cara saya membesar. Kereta Jepun, anime, manga, PlayStation, konsol Nintendo, dan pelbagai produk keluaran syarikat Jepun semuanya menyalakan minat saya terhadap Jepun dan rakyat Jepun.

“Itulah sebab saya bekerja keras dan menetapkan impian untuk berpindah ke Jepun sebagai matlamat hidup saya.

“Tahun lepas, impian saya menjadi kenyataan — saya membeli sebuah rumah dan kereta di Yokohama. Sekarang saya bekerja sebagai guru bahasa Inggeris, menikmati setiap hari bersama murid-murid saya.

“Saya bukan seorang Muslim, seperti yang kamu semua benci; saya seorang penganut Buddha, sama seperti ibu bapa saya. Saya tidak pernah terfikir untuk menjajah Jepun, melakukan jenayah, menyebabkan masalah, atau terlibat dalam apa-apa perkara berbahaya lainnya.”

Bekas Rakyat Malaysia Diserang Secara Perkauman Di Jepun, Dulu Pernah Hina Malaysia

Seorang pengguna X mendedahkan bahawa Banden Tong adalah bekas rakyat Malaysia yang pernah membanggakan negara Jepun dan menghina Malaysia.

Banden yang merupakan seorang cikgu sebelum ini mengakui bahawa dia bukan lagi rakyat Malaysia dengan mebulis: “Ya, saya gembira dapat meninggalkan negara lubang najis ini.”

foto
Foto: The Rakyat Post

Netizen mengingatkan Banden bahawa: “Rakyat Jepun yang berdarah kacukan pun terkena serangan xenofobia di Jepun apatah lagi kamu ini seorang ‘gaijin’ [orang luar].”