Sudah menjadi tanggungjawab setiap individu yang berada di kawasan kejiranan untuk menjaga sensitiviti serta memastikan setiap kejiranan berasa selesa untuk sama-sama menetap di kawasan setempat.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang individu tempatan yang didakwa berada di kawasan perumahan yang majoritinya beragama Islam memilih untuk menjadikan babi sebagai pet atau binatang peliharaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lebih mendapat perhatian ramai, individu ini turut mengambil gambar babi beliau yang ditambat serta mempersoalkan orang ramai yang didakwa tidak senang dan ‘busybody’ dengan pilihan beliau untuk membela babi. Beliau mendakwa disebabkan tindakan para jiran yang membuatkan beliau terpaksa berpisah dengan babi peliharaan beliau.

Perkongsian yang diluahkan menerusi laman media sosial ini sekaligus telah menerima pelbagai respon di kalangan netizen yang agak pelik dengan tindakan untuk membela babi di kawasan kejiranan.

Luahan beliau telah mendapat pelbagai respon di kalangan netizen yang berpendapat pemilihan untuk membela babi bakal cenderung binatang tersebut untuk jilat pada kawasan setempat seperti taman permainan yang digunakan oleh ramai kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, individu ini mendakwa beliau sekadar membawa babi peliharaan beliau untuk berjalan di sekitar rumput di belakang rumah dan tidak menjejakkan kaki di taman permainan serta kawasan awam.

Sementara itu, terdapat netizen yang berpendapat bukan sahaja babi yang tidak sesuai untuk dijadikan binatang peliharaan di taman perumahan, malah ayam dan kambing juga sama.

Hal ini kerana binatang-binatang ini mampu mengundang bau yang kurang disenangi jiran baik dari segi baik badan mahupun tahi. Selain itu, isu kebersihan haiwan peliharaan yang mampu mengundang kepada penyakit kepada manusia antara yang perlu dipandang serius.

Sumber