Tular sejak semalam apabila seorang pakar saham terkemuka negara berusia 47 tahun mengejutkan ramai dengan berita perkahwinan bersama seorang gadis berusia 25 tahun di Thailand.
Kisah perkahwinan ini menjadi semakin hangat apabila bekas isteri turut mengucapkan selamat pengantin baru serta berharap perkahwinan terbaru ini berkekalan.
Baca Juga:
- Pakar Saham Kahwin Dengan Pelajar Di Thailand, Bekas Isteri Doa Agar Berkekalan
- Keliru Mana Satu Pengantin, Kecantikan Zahirah Macwilson ‘Overshadow’ Mempelai
- Dilabel ‘Pisau Cukur’, Isteri Pakar Saham Nafi Kahwin Sebab Duit
Menerusi temu bual bersama Budiey di YouTube, pasangan ini tampil untuk berkongsi menerusi kisah cinta mereka beserta tema dan perbelanjaan perkahwinan yang telah dilangsungkan.
Menurut Datuk Dr Nazri Khan (DDNK) yang popular dengan tagline ‘tak handsome tak apa janji kaya’ ini, sifat isteri yang manja, mudah dibentuk dan mendengar kata antara yang membuatkan beliau tertarik kepada isterinya yang masih bergelar pelajar ini. Berbeza pula dengan isterinya yang jatuh hati disebabkan suaminya yang kelakar beserta effort yang ditunjukkan.
“Lucunya masa mula-mula kenal, saya memang tak tahu siapa dia. Dia tak mengaku pun dia DDNK sampailah saya mula cari di internet siapa dirinya sebenar,” ulas isteri pakar saham ini.
Pasangan ini turut memaklumkan telah memilih tema Beauty and the Beast dalam memaparkan keunikan serta bersesuaian dengan rakyat Malaysia yang sukakan kisah fairytale atau kisah dongeng yang memperlihatkan bagaimana seorang lelaki mampu memikat seorang puteri yang sangat cantik dan kaya.
Berbincang mengenai kos perkahwinan, DDNK memilih untuk merahsiakan jumlah yang dibelanjakan namun turut memberi bayangan jumlah keseluruhannya adalah kurang daripada RM1 juta dan sekadar lebih daripada RM500,000.
Meskipun jumlah yang disebutkan dilihat sangat banyak bagi kebanyakan individu, pakar saham ini menyifatkan majlis yang berlangsung dengan grand ini sebagai sebuah jumlah yang berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.
Mengulas mengenai lokasi yang mahu dituju untuk berbulan madu, DDNK berminat untuk melawat ke Masjid Al-Aqsa manakala isterinya berminat untuk bercuti di tempat-tempat sejuk seperti negara-negara Scandinavia.
Majlis perkahwinan pasangan ini yang berlangsung di Selangor turut dihadiri oleh para selebriti termasuk Erra Fazira, Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Ridza, Rozita Che Wan dan ramai lagi.