Dengan peningkatan jenayah penipuan dalam talian yang dilaporkan pada saban hari, kerajaan juga berusaha untuk menanganinya daripada terus berterusan. Salah satu solusi yang boleh dilakukan adalah dengan ciri membekukan akaun selepas menjadi mangsa penipuan.
Menerusi pembentangan Belanjawan Madani pada hari ini, kerajaan telah mengumumkan dasar “kill switch” akan dilaksanakan kepada semua institusi perbankan dengan penelitian dan penguatkuasaan di bawah Bank Negara Malaysia.
Baca Juga:
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
Dengan dasar ini, setiap pengguna boleh mengambil tindakan segera untuk membekukan akaun mereka termasuk menghalang penggunaan kad ATM. Jadi, pengguna bakal merasa lebih selamat kerana boleh bertindak pantas untuk menyekat sebarang pencerobohan akaun mereka atau mangsa penipuan selepas ini.
Setakat ini, implementasi ciri ini masih terhad untuk sesetengah institusi perbankan tempatan. Pelaksanaan yang mewajibkan kesemua institusi perbankan sekaligus membolehkan semua orang melakukan pembekuan akaun mereka tanpa perlu melalui proses yang lama seperti sebelum ini.