Bagi memenuhi keperluan ekonomi rakyat untuk tahun 2023 ini, kerajaan akan memudahkan rakyat dalam pengambilan ujian memandu supaya orang ramai dapat memandu dan menunggang motosikal dengan sah.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023 sebentar tadi, Perdana Menteri mengumumkan pihak kerajaan akan menanggung bayaran untuk lesen motosikal kelas B2, teksi, bas dan e-hailing.
Baca Juga:
- Belanjawan 2023: Duti Eksais Cecair ‘Vape’, Rokok Elektronik Akan Diperkenalkan
- Belanjawan 2023: Kerajaan Bercadang Perkenalkan Semula Cukai Barangan Mewah

Tambah beliau lagi, Tekun Nasional (Tekun) menyediakan sebanyak RM330 juta termasuk RM10 juta untuk membantu belia dalam kalangan keluarga susah meraih pendapatan melalui perniagaan.
“Mereka diberi modal memulakan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal,” katanya.