Semasa pembentangan Belanjawan 2023 sebentar tadi, Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan untuk memperkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah.

Antara barangan-barangan yang akan dikenakan cukai berkenaan adalah jam tangan dan barangan fesyen.

Baca Juga:

Sumber Gambar: YouTube RTM

Dalam pada itu, kerajaan juga akan mengkaji pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal, iaitu pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat pada tahun 2024 pada kadar yang rendah.

“Kerajaan akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkaitan untuk meneliti perincian cadangan ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.