Pegawai perubatan sektor awam di negara ini menerima berita gembira apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan Elaun Tugas Atas Panggilan (On call) ketika pembentangan Belanjawan 2025 semalam.
Anwar berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan sistem kerja baharu di hospital dan klinik kesihatan secara bersasar.
Baca Juga:
- Penolong Pegawai Perubatan Dan 4 Jururawat Ditahan Kerana Tuntutan OT Palsu Bernilai RM146,000
- Keluarga Tuntut Pawagam Bayar Kos Perubatan Selepas Anak Trauma Tonton Filem Seram
- Rakyat Malaysia Kesal Lihat Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
“Kementerian Kesihatan akan melaksanakan sistem kerja baharu di hospital dan klinik kesihatan secara bersasar.
“Bagi fasiliti kesihatan yang mengguna pakai sistem ini, kerajaan bersetuju supaya Elaun Tugas Atas Panggilan dinaikkan antara 55 ringgit hingga 65 ringgit kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian mengikut bidang perkhidmatan dan Jabatan tertentu,” jelasnya.
Berdasarkan laporan Belanjawan 2025, Kementerian Kesihatan menerima peruntukan kedua tertinggi iaitu 45.3 bilion ringgit berbanding 41.2 bilion ringgit tahun lepas.
Selain kenaikan Elaun Tugas Atas Panggilan, kerajaan juga menyediakan peruntukan untuk naik taraf hospital dan klinik di seluruh negara.
“Keutamaan Kerajaan adalah untuk menyediakan kemudahan kesihatan berkualiti, selesa dan mesra rakyat. Sejumlah 1.35 bilion ringgit disediakan bagi menyelenggara prasarana kesihatan termasuk membaiki tandas hospital yang uzur dan wad-wad pesakit yang usang.
“Kerajaan juga terus menaik taraf klinik-klinik daif seluruh negara. Di bawah MADANI, peruntukan bagi maksud ini ditingkatkan setiap tahun iaitu 100 juta ringgit (2023), 150 juta ringgit (2024) dan 300 juta ringgit untuk tahun hadapan,” katanya.
Kerajaan juga meningkatkan jalinan kerjasama dengan 91 hospital swasta bagi menyumber luar pesakit KKM melibatkan perkhidmatan seperti kardiologi, radiologi dan nefrologi.