Seorang penolong pegawai perubatan dan empat jururawat telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes tuntutan kerja lebih masa (OT) palsu.
Kesemua suspek ditahan di Kota Kinabalu, Sabah. Mereka didakwa telah mengemukakan dokumen palsu untuk menyokong tuntutan OT bernilai kira-kira RM146,000.
Jumlah tersebut benar benar sangat mengejutkan ramai pihak. Kerana ianya adalah berkaitan dengan integriti.
Menurut laporan Buletin TV3, kesemua suspek berkhidmat di sebuah pusat kesihatan yang sama di negeri Sabah. Dan mereka sudah pun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, kira-kira jam 9.40 pagi tadi.
Di mana mereka semua ditahan ketika mereka hadir ke pejabat SPRM Sabah untuk memberikan keterangan berhubung perkara tersebut.
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy mengesahkan bahawa siasatan awal mendapati 4 wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an telah mengemukakan tuntutan OT palsu.
Datuk S Karunanithy berkata:“Siasatan awal mendapati semua suspek membabitkan empat wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja lebih masa.
“Tuntutan palsu itu dari 2020 hingga 2021 sedangkan perkara itu tidak dilaksanakan,” katanya beliau seperti yang dilaporkan portal Buletin TV3.
Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Karunanithy turut mengesahkan bahawa kesemua suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM sementara menunggu pendakwaan dibuat di mahkamah.
Beliau mengesahkan kesemua suspek akan didakwa Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Khamis ini.