Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat keperluan untuk mengatasi masalah rakyat beratur panjang mengikut nombor giliran selain terbeban dengan pelbagai borang ketika berurusan di pejabat kerajaan.
Ketika dalam pembentangan Belanjawan 2025 semalam, beliau berkata semua urusan permohonan akan dilakukan secara dalam talian dan rakyat hanya hadir ke pejabat mengambil dokumen.
Baca Juga:
- Belanjawan 2025: Penerima STR Kategori Isi Rumah Dapat SARA RM100 Sebulan
- Belanjawan 2025: PLKN Bakal Kembali Dengan Konsep Baharu
- Belanjawan 2025: Elaun ‘On Call’ Pegawai Perubatan, Pergigian Dinaikkan
“Masih terdapat keperluan menambah baik beberapa hal yang dilihat merumitkan rakyat yang mahu berurusan dengan Kerajaan.
“Ada sesetengah kes terpaksa mengambil cuti untuk menyelesaikan permohonan. Adakala juga perlu beratur panjang untuk nombor giliran dan sekiranya habis, terpaksa datang pada hari lain.
“Ini belum lagi rakyat dibebankan dengan mengisi pelbagai borang untuk maklumat yang sama. Kerajaan MADANI bertekad menoktahkan permasalahan ini.
“Iltizam kita supaya tiada lagi keperluan beratur panjang di pejabat Kerajaan, proses permohonan diselesaikan secara dalam talian dan tujuan rakyat ke pejabat Kerajaan hanya untuk mengambil dokumen yang dilulus atau diperbaharui sahaja dengan tarikh temu janji telah ditetapkan dalam talian,” katanya.
BELANJAWAN 2025: PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN KAUNTER
1. Kerajaan MADANI bertekad menoktahkan permasalahan ini. Kerajaan juga berusaha supaya tiada lagi keperluan beratur panjang di pejabat Kerajaan, dengan proses permohonan diselesaikan secara dalam talian pic.twitter.com/pxYEazs57q
— MyCommunitynews (@MyCommuNews0624) October 18, 2024
Kerajaan turut bersetuju membentuk saluran berpusat di UTC bagi membantu rakyat susah untuk memohon bantuan merentasi pelbagai agensi.
“Walaupun Kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk membantu rakyat, adakalanya ia merumitkan rakyat untuk memohon kerana melibatkan pelbagai kementerian dan agensi dengan kriteria yang berbeza,” jelas Anwar.
Selain itu, sistem iPayment yang dibangunkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia sebagai platform bayaran tanpa tunai akan digunakan di semua kaunter Kerajaan bermula tahun 2025.