Satu peringatakan dikeluarkan oleh beberapa jabatan dan agensi kerajaan kepada penjawat awam untuk tidak menjalinkan hubungan sulit dengan mana-mana kakitangan yang sudah berkahwin.

Memetik MalaysiaKini, difahamkan bahawa notis tersebut dikeluarkan oleh unit integriti di pelbagai jabatan kerajaan dengan beberapa daripadanya turut dikongsikan di media sosial baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

MalaysiaKini

Notis itu memberi peringatan bahawa menjalinkan hubungan dengan kakitangan yang sudah berkahwin adalah kesalahan disiplin dan bagi yang beragama Islam ia adalah kesalahan syariah.

Difahamkan bahawa antara jabatan kerajaan yang berbuat demikian adalah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pertanian dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Sehingga kini tidak pasti apakah sebab notis itu dikeluarkan.

Tetapi melihat kepada isu semasa, boleh ditafsirkan bahawa beberapa kes yang tular di media sosial mengenai teman sekerja yang menjalinkan hubungan dengan kakitangan yang sudah berkahwin mungkin menjadi sebab mengapa notis ini dikeluarkan.

Sumber